1st step

Azam tahun baru....MENJAGA KESIHATAN JANTUNG.... =) maka mlm nie intake pertama,dibuat mengikut arahan yg dsaran...nk sejuk dh,x abis2 lg.....dugaan...............esok nk wat ngan susu + strawberi la,mcm dlm pic tue...heheheheeheheeee.semangat!smbl2 mencari resepi tuk oat nie,kena pelbagaikn cr mkn supaya azam trcapai gitu...chaiyo!Y sy semangat mkn oat?????????????????ye walaupun sy kurus je tp berat dh naik...heheheheheehee...tp sy sedar cholesterol level sy agak tinggi walaupon still in normal range...bak kata Kaknor,ppsp biochem.."kamu nie,muda2 pon dh tinggi kolesterol...." sgt trsentap k....

mari kita semua cakna sket psl khasiat oat nie ye........randomly quotes from internet...heheheheee

Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari? (Wow!!!!..dlm plastik oat tue soh mkn 10 sudu besar oat setiap hari,skali buat 5 sudu so sy assume 2x meal je sehari...heheeheheh)

ok,sikit history tentang oat:

Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung.

Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik.

Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung.

credit to anizyn

oh,sy jumpe petua melayu tuk kecantikan...dan2 berminat...hahahahhaaaa

Oat, selain enak dimakan, juga berkesan merawat kulit kering dan berkedut. Caranya, bubuh dua camca teh oat didalam mangkuk, gaulkan dengan susu pembersih muka atau pelembap muka dan sapu pada kulit (sental kulit dengan penyental dahulu). Tunggu 5 - 10 minit dan bolehlah dicuci. Hasilnya kulit lembut, halus, tidak kering serta menjimatkan wang.


crdt to Petua melayu


yg plg best & bguna tuk sy...resepi oat.....thanks to RA...mcm tau2 je sy perlukn ini...


1. Jika ada yang ingin makan oat dicampur dengan susu, pastikan anda mencampur sedikit garam. Selain itu, tambah lah hirisan strawberri atau campuran buah-buahan lain yang anda gemari.

2. Jangan terkejut jika anda dapati kuah kari anda akan lebih sedap dan pekat dengan menambah emping oat. Bagi yang kreatif, oat boleh dicampur di dalam resepi rendang malah oat boleh juga dibuat bergedil!

3. Anda juga boleh menggunakan oat sebagai salutan ikan dan ayam goreng. Dengan cara ini, anda boleh memancing selera anak-anak dan suami serta mendapat manfaat kesihatan daripada oat!

4. Kalau nak tahu, oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.

5. Oat kini menjadi kegemaran di kalangan chef pastri untuk mencipta roti, biskut, mufin dan kek yang paling lazat dan sihat! Tiap-tiap tahun, RA tak pernah miss buat biskut oat untuk raya. Sedap tau...Insyaallah nanti RA akan kongsi resepi lengkap Biskut Oat ni di ruangan Resepi LuvMalaysia k... :)

6. Last but not least, paling simple....emping oat disangai* diatas kuali, then tambah gula dan garam. Hasilnya, emping yang rangup, garing dan merupakan makanan ringan yang sedap serta berkhasiat. (Sangai ni maksudnya : goreng tanpa minyak)..

-daa-

p/s: sesiapa tau resepi lain,share ye...sharing is caring...XOXO =)
0 Responses

Tiap Hari SayanG

Daisypath Friendship tickers
  • Mari Mengira

    Q.U.O.T.E


    - FloaT LikE A ButterFly,Sting Like A Bee -

    Am I Happy......

    PeNjAgA DuNiAkU

    PeNjAgA DuNiAkU

    AmAnaT PeNjAgA DuNiAkU

    Dunia itu INDAH............... =) dan PINJAMAN semata2...........


    Mencuba NasiB.....

    Mencuba NasiB.....
    Mamarifqy contest

    Peace Contest

    Followers